Garis masa Hartal Doktor Kontrak

Pramogok

Menjelang lima tahun selepas pelaksanan dasar doktor kontrak, para pegawai kesihatan mengugut untuk menjalankan hartal (mogok buruh) bermula 26 Julai di seluruh negara untuk menuntut penghentian dasar dan penyelesaian masalah penyerapan para pegawai perubatan ke dalam sistem kesihatan negara. Hal ini berlaku susulan kenyataan oleh Menteri Kesihatan, Adham Baba yang dilihat menyokong dasar doktor kontrak serta mendukung pelantikan probumiputera yang bersifat disktriminatif.[8] Susulan itu, dasar kontrak ini diutarakan semula sebagai perbicangan dalam kabinet untuk mencari penyelesaian.[9] Selain itu, pihak kerajaan membuka satu kontrak khas selama setahun daripada Disember.[10] Dalam beberapa hari sebelum mogok, para pegawai perubatan kontrak mula meletak jawatan atas kekecewaan dan kemarahan dengan masa depan pascakontrak mereka yang tidak menentu.[11] Sebagai usaha mengurangkan tekanan oleh para pegawai, pihak kerajaan pada 22 Julai mengurangkan tempoh pekerjaan mandatori daripada 24 ke 18 bulan; maknanya para pegawai kontrak diberi kelonggaran untuk tamat bekerja selepas bulan ke-18.[12]

Sepanjang bulan Julai, aktiviti aktivis sampingan dilakukan secara atas talian dalam sebagai usaha kesedaran tentang isu doktor kontrak. Ini termasuk pengenalan tanda pagar #HartalDoktorKontrak, kibaran bendera hitam dan pemakaian serba hitam sebagai tanda solidariti.[13] Pada 12 Julai, satu kempen sampingan bernama Black Monday dianjurkan sebagai tanda solidariti.[1]

Kemuncak mogok

Kemuncak mogok berlaku pada 26 Julai 2021 dengan mogok sebenar dilaksanakan oleh para doktor kontrak di seluruh negara, dengan hospital-hospital kerajaan menjadi titik tumpuan. Kira-kira lebih 20 buah hospital kerajaan terlibat dalam mogok ini.[14] Secara umumnya, mogok dilakukan secara serentak pada pukul 11 pagi, waktu rehat lazim bagi para pegawai dan protes berhenti setelah waktu tersebut tamat untuk kembali bertugas.[15] Sementara itu, beberapa buah hospital kerajaan tidak terlibat dalam mogok ini.[16][17]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Hartal Doktor Kontrak https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hartal-... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.malaysiakini.com/news/580874 https://www.malaysiakini.com/news/581675 https://www.malaysiakini.com/news/582025 https://www.malaysiakini.com/news/584481 https://doktorkontrak.wordpress.com/ https://doktorkontrak.wordpress.com/2021/07/02/har... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07...